Anak

Posted by KAMARSURIA Tuesday, December 22, under | 0 pengemas kamar
masa hari raya haji (mak abg ib n apak)




Sekarang mood swing..

Mak tak sihat n kesihatannya amatlah poor..

Aku, tetibe jer mood swing sebab hemm terlalu payah nak mengeluarkannya kerana terlalu pedih, tapi makin lama aku simpan dalam hati semakin ianya membeku, aku takut ia menjadi tepu, lalu aku tak mampu untuk mengkontrol diri aku lagi....


Anak mak ada 9...1 dah menanti dia di syurga...dan aku tak pernah lupa untuk mendoakan agar mak aku akan tergolong dalam golongan ahli2 syurga termasuklah ayah aku..


Sebolehnya aku setiap saat mahu menghabiskan masa bersama mereka, memenuhi segala keperluan dan kehendak mereka, melayani mereka seperti mana mereka melayani aku dari lahir sehinggalah sekarang... namun masa amatlah terbatas dan kadangkala aku takut tak dapat mengembirakan mereka seperti mana yang mereka lakukan terhadap aku.Begitu juga dengan keperluan mereka, kalaulah aku mampu akan aku berikan segala yang terbaik untuk mereka. Dari itu aku seboleh - bolehnya memberikan yang terbaik untuk mereka.Aku lupakan semua aktiviti demi untuk meluangkan masa bersama mereka.Aku mahu mereka gembira dan bahagia.
Tapi anak mak bukan aku sorang, ada 7 yang lain hem kakak atas aku okey mak duk ngan dia, sebab dia lebih faham mengenai dunia perubatan, macam kakak yang lain bukan aku nak kondem, mereka anak yang baik, cumanya kadangkala dah berjanji nak jaga mak pun masih mungkiri janji. Bukan apa mereka perlukan jagaan dari anak - anak, hati tua mereka perlukan belaian kasih sayang dari semua anak - anak yang dilahirkannya. Sakit mereka tidak dapat di tukarganti, namun rasanya kepayahan dan penderitaan mereka akan terubat jikalau semua anak - anak ada di depan mata selalu, tapi sangat sedih, mereka kurang ambil tahu mengenai itu, pada mereka walaupun mak sakit tak semestinya perjalanan kehidupan mereka perlu berubah. Pada mata kasar aku, keutamaan mereka kepada keluarga mereka sendiri lebih penting daripada mak.
Aku pula pantang melihat mak bersedih, aku akan utamakan kehendak mereka, walaupun kadangkala suami aku merungut mengatakan aku lebih utamakan mak apak daripada dia. Aku terangkan secara baik dengan dia. Mak apak aku terlalu banyak melalui episod duka dikehidupan mereka, daripada kecil sehinggalah dewasa, mereka tidak pernah dapat apa yang mereka mahukan. Terlalu banyak yang mereka korbankan sehinggalah episod mereka membesarkan anak - anak. Sebesar manalah perhatian dan kasih sayang untuk mereka daripada pengorbanan mereka membesarkan anak - anak dengan hanya pendapatan penoreh getah dan pesawah padi. Mereka sekolahkan anak - anak sehingga peringkat yang tertinggi yang termampu oleh anak - anak. Sikap mereka yang mementingkan pendidikan menjadi bahan umpatan penduduk kampung kerana mereka menyekolahkan anak - anak melalui pendapatan yang diluar kemampuan.
Aku mmg emo la kalau bercerita pasal mak apak..mmg tak boleh tahan...
lain kali sambung lagi..
kesimpulannya aku tak puas hati ngan kakak yang lain sebab diorang tak layan mak apak sepatutnya dan harapkan aku plak yang cover...hampess aku dah tak larat nak cover line korang lagi...

KEKECEWAAN MELANDA ..

Posted by KAMARSURIA Thursday, July 30, under | 0 pengemas kamar
Setiba di persimpangan,Langkah kita tak lagi sehaluanBermula di saat ituTidak senada irama dan laguBegitu hidup iniTiada yang abadiYang patah tumbuhYang hilang bergantiKau telah jauh, jauh darikuTiada ruang di hati buatmuNamun harusku akuiAda ketika di minda kau menjelma kembaliSekali segala adaAda rindu yang datang tiba2Tak mungkin kerana sayangCuma terganggu oleh perasaanBegitu hidup iniTiada yang abadiYang patah tumbuhYang hilang berganti
BUKAN MUDAH UNTUK AKU BERSEDIH..DAN BUKAN MUDAH UNTUK AKU KECEWA SEBAB AKU SELALU MELEPASKAN KEMARAHAN AKU DENGAN PELBAGAI CARA..JADI LANGSUNG TIDAK BERBEKAS DIDALAM HATI..
TAPI KALI INI AKU TERASA BENAR YANG AKU AMAT KECEWA DAN MENYESAL..
YANG SEDIHNYA AKU TAK MAMPU MEMBAWA KESEDIHAN DAN KEKECEWAAN AKU INI KELUAR DARI DIRI AKU
MAHUPUN DARI HATI INI..
RASA AMAT PAYAH..
UNTUK DIHILANGKAN...
TERLALU BANYAK PENGORBANAN TERLALU BANYAK AIRMATA YANG GUGUR TERLALU BANAR ONAR YANG TERPAKSA AKU LALUI UNTUK SAMPAI KE TAHAP INI..
NAMUN MENGAPA PERKARA SEKECIL INI
AMAT BERBEKAS DIDALAM HATI..
CUBA UNTUK TIDAK BERTINDAK MENGIKUT PERASAAN
NAMUN HATI TETAP MELAYAN PERASAAN KECEWA
PENAT LA LAYAN PERASAAN NIH
BIARLAH SEMUNYA BERLALU MENGIKUT WAKTU YANG SEPATUTNYA
LET LIFE GOES WITH THE FLOW

Konflik seorang ibu...Kerjaya...or Keluarga

Posted by KAMARSURIA Tuesday, March 17, under | 0 pengemas kamar



Iman demam..doc cakap kena cacar air..pelik aku kan dah bawak dia p imune yang inject tu haper??? pelik aku..kat taska tu la kot dia kena jangkit dr baby lain..hemm itulah risikonya kalau hantar baby kat pusat penjagaan..tapi kat mana lagik aku nak hantar kalau bukan tempat penjagaan...




Aku dah serik dah nak hantar baby @ iman ke rumah pengasuh..cukuplah pengalaman aku yang dulu rasa cam nak nangis je iman baru 2 bulan lebih tapi dah lebam2 tah kena cubit ke kena cucuk dgn benda2 ke tak tau la tapi lebam tak hingat kat peha n pipinya...hemm




Inilah risikonya ibu yang bekerjaya.. Pusat penjagaan bertauliah selalunya menjadi pilihan..namun bukan kita sahaja yang hantar anak kat sana..berpuluh2 lagi kanak2 bercampur bergaul dan erk..aku risaukan tahap kebersihan pusat tersebut..nak kata tak bersih aku tgk bersih jer persekitarannya..cumanya mungkin ye lah cara penjagaan bayi tersebut lah yang menjadi persoalan aku sekarang...




Hemm bagaimana dengan air mandinya adakah bercampur dengan baby yang lain??? ataukan bagaimana cara pengendalian botol susu..adakah mereka sterilkan dahulu selepas penggunaan pertama kedua dan seterusnya?? Mangkuk makanan?? Tuala mandi adakah dikeringkan dahulu ataukah dengan lembab2 tu dia lap juga..kain yang lembab mudah terlekat dengan bakteria..bukan apa aku pelik taska yang dulu tuala mandi mereka akan hanger dan jikalau agak bersih mereka takkan masukkan ke dalam bag untuk dibawa pulang..taska yg baru aku hantar ni tiap hari dimasukkan tuala lembab..dan aku perlu menggantikan tuala yang baru tiap2 hari..ok juga tetapi kadang2 macam2 bau ada kat tuala iman..mereka gunakan tuala ker untuk lap semua kotoran..kan ker aku dah bekalkan tuala kecil..sapu tangan..even kain lampin incase baby aku muntah ker terkencing ker hemm..entah lah..nak komplen banyak2 nanti orang tak suka tapi aku harus cari jalan penyelesaian sendiri..




Kalau aku jaga baby kat rumah rasanya lebih puas dan mungkin lebih kurang sempurna la skit segala perkembangan baby depan mata..tapi bagaimana plak dengan kehidupan??dengan zaman era-duit adalah segalanya..aku perlu bekerja untuk mencari pendapatan yang membolehkan pendapatan keluarga aku terjamin dan dapat memenuhi keperluan...selain daripada itu rasanya aku juga perlu memperkembangkan pengetahuan dan menimba pengalaman aku kerana aku tak mahu menjadi wanita lembab dan lembam..




Entahla aku rasa aku lebih selesa bekerja dan aku perlu juga selective dan sensitive dalam memilih pusat penjagaan untuk baby aku..dulu taskanya agak jauh dari ofis jadi agak menyulitkan aku dalam proses penghantaran dan pegambilan dan agak susah jugak untuk aku melawatnya kerana peruntukan masa diperlukan..sekarang dekat dan memudahkan aku untuk melawat baby aku bila2 masa..tetapi rasanya macam2 plak sakit datang..kebersihankah ataupun kebetulan jerk dia nak sakit...adoi...penyelesaian segera perlu dibuat...aku tak mahu anak aku menderita....






Hemm Manusia..Kelemahan & Kekurangan

Posted by KAMARSURIA Thursday, March 5, under | 0 pengemas kamar
Aku bukan jenis manusia yang cepat ambil hati ataupun cepat melatah dengan keadaan situasi kerana aku jenis orang yang rasional dan terbuka..tetapi bukanlah jenis yang tak kisah langsung kerana sikap aku yang sebenar adalah terburu-buru, tak sabar,pemarah dan kurang menitikberatkan perasaan orang lain selain daripada perasaan sendiri..


Namun aku belajar banyak daripada pengalaman..pengalaman mengajar aku menjadi menusia yang seperti aku sekarang..agak cool..tak cepat melatah n happy go lucky..walaupun berat beban aku tetap bertahan..

Yang aku tak paham adalah orang yang tidak sedar akan hakikat kehidupan bahawa manusia bukan maksum, banyak buat silap n tak pernah akan menjadi perfect.Kalau la ada org mengatakan yang dia tu perfectionist aku rasa orang ni jenis yang cerewet n sangat leceh, sorry to say so, but yes i mean it, i might be wrong, but please have you ever n ever have a thought in yur mind that it's really so leceh to deal with perfectionist coz that person re a damn cerewet..

Aku menjadikan blog tempat untuk melepaskan perasaan aku ketika gembira,sedih dan pilu, begitu juga ketika kecewa...itu dulu masa aku single dah lama aku tak up date kerana aku rasakan kehidupan aku dah complete dengan kehadiran cahaya mata yang sememangnya memerlukan jagaan aku juga aku harus uruskan hal-hal rumah tangga namun perasaan tetap perasaan yang sama seperti dahulu cumanya dah bertambah dengan tugas2 aku sbg seorang ibu dan isteri...

Yang sebenarnya aku nak cerita ttg perilaku seseorang, dia agak tidak profesional dalam menjalankan tugasan sepertinya seorang yang cepat mengambil hati dan banyak lagi yang aku tak puas hati dengan dia, tapi rasanya aku tak perlu membuat apa2 tindak balas berdiam kadangkala adalah lebih baik daripada aku membising kerananya hanya akan memakan diriku sendiri..biarlah aku beralah, aku yakin beralah aku nih pasti suatu hari nnt akan membawa kepada sebuah kebaikan...




Tahun Baru!

Posted by KAMARSURIA Monday, January 5, under | 0 pengemas kamar
Selamat Tahun Baru 2009!!
Besar harapanku 2009 akan membawa sinar baru pada
keseluruh kehidupan kami sekeluarga.
Banyak azam tahun lepas tak tercapai lagi..
akan aku forwardkan ke tahun ini,
Banyak suka duka ditahun 2008
antaranya aku bergelar mama!!
pengalaman yang paling manis kukira,
antara dukanya
pertengahan disember mak masuk hospital
disahkan terkena virus chingkugunya, selepas 2 minggu di
ward melur, cangkat melintang.
19 botol air dimasukkan kebadannya,
masih keadaannya tidak berubah,
aku kelu, ya allah dugaan apa yang kau berikan kepada ibuku,
keadaannya sudah tersedia lemah, matanya yang langsung kabur,
kakinya sudah tidak mampu melangkah,
terbujur, kesakitan menjalar keseluruh tubuh badannya
aku tidak mampu untuk memandang kerana hanya airmata yang mengalir
2 minggu kemudian aku dikejutkan dengan berita bapa pula yang dimasukkan ke ward,
Ya allah! sekali lagi aku entahlah
hanya doa yang mampu aku panjatkan kepada yang esa agar keduanya cepat sembuh dan
tidak lagi menderita.
ini bukan sahaja dugaan kepada keduanya malah kepada seluruh ahli keluarga.
kami adik-beradik harus bergilir-gilir menjaga kedua mereka.
Kemudian masuk ke tahun baru, anak aku iman pula demam,
seminggu, aku tidak dapat pejamkan mata walau sepicing,
rengekkannya membuatkan hatiku lara,
Ya, ALLAH berikanlah kepada ku kesabaran dan ketabahan,
berlalulah 2008 dengan penuh kepahitan
2009 akan ku langkahi satu persatu titian dihari-hari yang mendatang dengan penuh ketabahan.

Sambutan Raya Sebulan Penuh...

Posted by KAMARSURIA Wednesday, October 29, under | 0 pengemas kamar
Hari Raya kali ini memang penuh dengan aktiviti sampai aku naik berkilo-kilo..huhuu..
Sana sini open house..tak pergi nanti apa kata mereka yang mengajak dah la taun lepas satu pon aku tak pegi masa tuh cium bau makanan jerk aku dah nak loya apatah lagi la nak makan, so kali ini aku menggagahkan diri menghadirkan diri memenuhi jemputan..
First aku p umah lama aku @ umah kakak aku yang aku duk dengan dia 10taun lamanya sebelum kawin.Taun2 lepas tiap2 kali aku la yang sibuk dengan akak aku buat persiapan open house tuh.Dengan p pasar la, masak, siap-siap kat umah la.Kali ini aku datang sebagai tetamu laks.Akak aku masak Mee Goreng,Lontong erk lupa la plak ape lagik sebab aku singgah kejab je sebab kawan-kawan anak buah aku ramai sangat baby aku rimas ramai orang so aku n hubby pun decide p umah akak aku yang lain plak.Call punya call tak berjawab la plak akak aku sorang nih.Call abang aku kat Port Klang langkah kanan la plak dia buat majlis makan tuk malam so aku pon sterus la menuju ke rumah dia.Hemm makanan macam2 ada.Nasi impit n kuah kacang,Nasi minyak n Kari n Kurma daging,Tauhu sumbat,Roti jala,Lemang,Rendang daging n macam2 yang tak dapat nak diingat lagik.Pendek kata meriah sangat sebab aku jarang jumpa n sembang-sembang ngan abang aku yang sorang nih.dah la duduk nun jauh, pas tu waktu kerja dia bukan sama ngan org lain, ikut waktu dia free jer la.
Yang lain-lain aku malas la nak type banyak bebeno.P umah kawan husben kat Jenderam Hilir.Umah opis mate kat Kajang.Umah akak aku kat hulu Klang n etc..
Walau apa pun aku tetap rasa macam kekurangan entah apa yang kurang mungkin kekurangan amal ibadat kot.hahaha

RAyA LaGi...di Kementerian...

Posted by KAMARSURIA Thursday, October 16, under | 0 pengemas kamar
Hari ini ada sambutan Majlis Hari Raya peringkat Kementerian di cawangan aku bekerja.Rata-rata sume org pakai baju glamer2.aku plak leh lupa ari ni ada majlis tuh, pakai plak aduh baju yang dah 5 tahun dalam simpanan aku.. sendiri mau ingat tahap ingatan aku nih..

Majlis start pukul 12.30 tapi aku tgk sebahagian opis nih kakitanganyer dah lengang.aku pon nak turun cepat sebab hari ni ada app.iman kat hospital,tapi prot kenyang lagi.Member aku dah beratus kali tepon soh turun cepat nanti makanan habis katanya.Hem aku bukan nak makan sangat tapi nak merasa suasana yang meriah jer, almaklum ini kali pertama aku beraya sebagai penjawat awam. hehe. sebelum nih aku kerja kompeni cina dah tentu aku plak yang kena treat diorang tiap kali raya...

Turun jerk fuf meriah sakan.Semua gerai penuh dengan orang yang beratur.Aku sempat singgah kat gerai yang kurang manusia jerk..macam-macam ada.Kambing panggang, Rusa panggang tapi aku rela tak makan beratur punya la panjang hehe.AKu p amik peberet jerk Laksam,Buah-Buahan,Sata,Kopok leko,Nasi Beriani aku amik ayam n Daging nyer jer.Last kopek aku amik finger fish hemm lazat gak..